Masam tapi menyelerakan. Itu yang membuatkan penulis memanafaatkan buah Belimbing Buluh yang ditanam oleh Ibu di kampung. Pada cuti hujung minggu baru-baru ini penulis dan abang ipar telah membuat operasi mengait buah belimbing buluh untuk dijadikan hidangan pembuka selera. Buah belimbing yang segar boleh diletakkan dalam masakan selain dijadikan asam sambal. Jika ingin disimpan lebih lama belimbing ini perlu direbus terlebih dahulu selama 2 jam sehingga kering hingga warnanya menjadi kehitaman. Belimbing rebus ini adalah ramuan yang dijadikan sebagai asam untuk "Sambal Pahang" (sambal hitam) dan juga sebagai ramuan air asam untuk ikan Sungai yang di bakar. Difahamkan harga sekilo belimbing rebus mencecah RM40 ke RM45 pada masa ini, manakala harga 100gram sambal Pahang (sambal hitam) RM5 ke atas mengikut gred ikan bilis yang digunakan.
Galah pengait digunakan jika pokok tinggi
Hanya buah belimbing terbaik dan elok sahaja direbus
Gunakan api yang sederhana untuk memasak
Buah yang sudah direbus selama 2 jam