Funfair


Semalam 6/6/10 anak bongsuku mengajak aku pergi funfair berdekatan rumah ku (Berjaya Park). Mau tak mau aku terpaksa juga pergi melayan kerenahnya. Lagipun aku teringin juga melihat funfair masa kini. Rupa-rupanya sama aje masa aku muda-muda dulu. Kami pergi selepas isteri membeli keperluan harian di Careffour kira-kira jam 9.30 malam. Anakku begitu teruja untuk menaiki permainan UFO dan buaian yang mana kekawannya disekolah telah bercerita tentang keseronokannya. Dia pun beli token dan terus naik. Aku kira-kira murah juga jika dibandingkan bermain di Berjaya Time Square. Aku dan isteri tak berani naik (aku ada sakit jantung). Kami tunggu kat bawah aje. Ramai juga pengunjung yang datang membawa anak masing-masing. Lebih kurang jam 10.30 malam Carrefour pun dah tutup maka kami pun balik, meninggalkan funfair yang masih lagi meriah.
No comments:
Post a Comment