CICAK tokek telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak kerana haiwan ini dikatakan boleh mengubati penyakit kulit, HIV AIDS dan beberapa penyakit lain lagi. Oleh hal yang demikian, dikatakan harga cicak tokek melambung sehingga mencecah beribu-ribu ringgit. Ada yang sampai menyeludup cicak tokek ini dari luar negara semata-mata mahu mencari keuntungan yang banyak dan di lakukan secara haram, ia merupakan satu kesalahan. Kajian dan penyelidikan oleh doktor pakar di beberapa buah negara belum lagi menemui kesahihan kukuh yang mengatakan cicak tokek mampu mengubati penyakit. Selain itu juga, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (who) sedang melakukan penelitian adakah benar cicak tokek mampu mengubati penyakit tersebut. Itulah cicak tokek, cicak rupanya hodoh tapi harganya mencecah ribuan ringgit.

No comments:
Post a Comment