Alhamdullilah, kerana dapat lagi bersama-sama menyambut Aidil Adha dan melakukan Qurban. Pada hari raya pertama (sebelah petang) penulis sempat berlegar-legar di bandar Klang. Seperti biasa keadaan di bandar ini sesak bukan kerana kereta banyak tetapi sesak dan lemas dengan warga asing yang memenuhi segenap sudut. Penulis seolah-olah bukan di Malaysia tetapi terasa berada di India atau Myanmar (Warga yang paling ramai). Mungkin mereka ini mengambil kesempatan keluar pada cuti umum. Sepanjang laluan dari seksyen 7 Shah Alam hingga ke Batu 8 Jalan Banting, kebanyakan padang bola awam juga dipenuhi oleh mereka. Begitulah rahmatnya bumi bertuah Malaysiaku yang aman damai.
No comments:
Post a Comment