Tuesday, 15 November 2011

Lemang Paling Kecil Di Malaysia

Pada kebiasaannya saiz lemang sebesar lengan orang dewasa.  Tetapi lain pula lemang yang terdapat di Kg. Lasah, Sungai Siput yang mana saiz lemangnya cuma sebesar ibu jari orang dewasa dan harganya cuma RM1.00 ke RM1.50 sebatang.  Yang menariknya cara membuat lemang ini sama seperti membuat lemang yang biasa kita tengok.  Teknik memasukkan daun pisang ke dalam buluh yang kecil ini menjadi rahsia pembuatnya. Teknik pembakarannya juga berbeza iaitu lemang dimasukkan kedalam gelung konkrit dan api sederhana dinyalakan. Lebih kurang 1 jam lemang akan masak dan boleh dihidangkan.  Cara membukanya hanya memicit dihujung buluh dan tarik.






No comments:

Post a Comment