Saban tahun Musang King akan muncul ditepi jalan dan lebuhraya serta jalan kampung. Tahun ini saja sudah 2 musim ia menjelmakan diri. Saya telah merasai kesedapan rasa musang king Gua Musang/Pahang dan yang terbaru di Balik Pulau, Pulau Pinang. Fuhhh enak bukan kepalang lagi. Musim kali ini begitu banyak, kalau kita ke bandar Jerantut sepanjang jalan ada saja orang menjualnya. Harga boleh tahan juga tapi kerana rasanya yang enak, harga bukan soalnya.
