Friday, 8 February 2013

CUTI TAHUN BARU CINA

Pada cuti Tahun Baru Cina kali ini ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan dan juga majlis-majlis kekeluargaan.  Bagi mereka yang bekerja dan mempunyai anak yang masih bersekolah mereka mengambil kesempatan kerana sekolah diberi cuti bermula pada 9 Februari 2013 hingga 17 Februari 2013. Kepada yang berbangsa tionghua Gong Xi Fa Chai.

Thursday, 7 February 2013

SEPARUH PENDUDUK DUNIA GEMUK


Utusan Malaysia Online 5/2/2013
 
Obesiti atau berat badan berlebihan bukan lagi masalah individu. Sebaliknya telah menjadi wabak di peringkat global apabila diramalkan lebih daripada separuh penduduk dewasa di dunia mengalaminya dalam tempoh dua dekad akan datang.

Pendedahan terbaru oleh kumpulan pakar dalam bidang kesihatan, nutrisi dan kecergasan mendorong isu itu turut di bincangkan ketika Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland baru-baru ini.
Kumpulan pakar tersebut mengesa agar langkah-langkah segera diambil, bukan hanya sekadar menyalahkan individu-individu terbabit yang tidak bersungguh-sungguh untuk menangani masalah ini.
Mereka berkata, krisis obesiti yang semakin meningkat dan membawa maut perlu ditangani dengan kesungguhan di peringkat pembuat dasar sebagaimana mereka memerangi gejala merokok selama ini.
Dengan keadaan makanan yang semakin hari semakin tidak sihat serta gaya hidup bersenang-senang (sedentary) yang semakin meningkat, jawapan segera perlu dicari bagi krisis yang telah membawa kepada peningkatan kes diabetes dan serangan jantung.

Baca selanjutnya