Tuesday, 22 June 2010

FRASER’S HILL-Tempat Perlancongan Menarik

Rasailah kedamaian menghirup udara segar dan nyaman di puncak Bukit Fraser (Fraser’s Hill), salah satu tempat perlancongan yang menarik dan terkenal di negeri Pahang. Bermacam-macam pilihan yang anda sukai dari berkelah di Air Terjun Jeriau, menunggang kuda, bersiar-siar melihat keindahan flora dan fauna dengan kicauan burung serta ungas-ungas. Bukit Fraser boleh dinaiki dari arah Selangor melalui jalan Kuala Kubu atau dari Raub Pahang.

Kali ini penulis bersama keluargai menaiki 5 buah kenderaan yang terdiri anak beranak termasuk ibu tercinta melalui jalan Raub. Perjalanan memakan masa 1 jam untuk sampai ke gap. Tepat jam 10. 30 pagi kami sampai di gap dan kami perlu menunggu 30 minit lagi untuk naik. Naik dan turun Bukit Fraser adalah secara bergilir-gilir yang mana jam angka genap untuk turun dan jam angka ganjil untuk naik. Tepat pukul 11.00 pagi kami mula naik dipertengahan jalan hujan mula turun dengan lebatnya. Dengan keadaan jalan yang berliku-liku dan licin pemandu mula memperlahankan kenderaan untuk mengelak dari berlaku perkara yang tidak diingini. 15 minit kami sampai di puncak Bukit Fraser. Dengan cuaca yang sejuk ditambah pula dengan hujan yang lebat, kami singgah minum kopi di Freser's Hill Food Centre.  Apabila hujan reda kami meneruskan perjalanan ke air terjun Jeriau yang terkenal dengan keindahannya. Kami menghabiskan masa lebihkurang 1 jam di sini dan sempatlah mengisi perut dengan bekalan yang dibawa. Cadangan untuk tidur di Bukit Fraser dibatalkan memandangkan cuaca tidak mengizinkan. Kami turun jam 2.00 petang.

Untuk memberi kepuasan hati anak-anak, kami terus menuju ke kawasan perkelahan Pulau Chekas, Ulu Dong. Apa lagi bebudak, seronok sakan. Salin pakaian terus terjun sungai. tak sabar-sabar untuk mandi. Apabila semuanya dah menggigil barulah mereka naik dan bersiap untuk bermalam di bandar Raub (Rumah Adik) sebelum menyambung perjalanan untuk hari esoknya. Kami sempat menonton perlawanan bola sepak piala dunia antara Argentina (pilihan penulis) dengan Nigeria dimana pasukan Argentina menang 1-0.

Kawasan Perkelahan-Pulau Chekas-Ulu Dong, Raub


Monday, 21 June 2010

KUALA GANDAH-Bermesra dengan gajah

Kuala Gandah, Lancang, Pahang adalah tempat wajib dilawati sekiranya anda ke Negeri Pahang.   Di sini pengunjung boleh menaiki , memberi makan dan mandi bersama gajah. Jika pengujung ingin tahu cara menangkap gajah, pengunjung boleh melihat tayangan video mengenai operasi tersebut. Penulis berkesempatan membawa anak-anak berkunjung ke sini.  Selepas membuat pendaftaran kami dibawa melihat kawanan gajah liar yang telah dijinakkan. Kami juga berpeluang melihat tayangan video operasi menangkap gajah sebelum menunggu persembahan gajah tepat jam 2.00 petang.  Di sini pengunjung berpeluang memberi makan gajah dengan makanan yang telah disediakan. Tidak ketinggalan anak penulis turut sama memberi makan anak-anak gajah tersebut. Tepat jam 3.00 petang kami mula beredar untuk pulang ke Shah Alam.

Thursday, 10 June 2010

EMAIL MAYBANK2U

Jika anda menerima email dari Maybank, jangan terpedaya kerana Maybank tidak pernah menghantar e-mail kepada pelanggan mereka untuk update akaun. Ini adalah kegiatan yang tidak bertanggunjawab oleh cyber-crime yang dikenali sebagai Phishing Technique.  Jika dapat email dari maybank2u menyuruh update akaun sila delete atau abaikan saja.




Wednesday, 9 June 2010

Jalan-Jalan ke Shopping Complex

Di Subang Jaya bermacam-macam shopping complex telah dibuka. Yang terbaru adalah Empire Subang. Terletak bersebelahan dengan Subang Parade. Aku bersama anak bongsu, berkesempatan singgah untuk melihat apa yang ada di sana (window shopping). Dari pemerhtian aku, susunatur kedai amat menarik dan nampak exclusive. Aku hanya singgah dikedai permainan “Toysrus”.kerana anak beriya-iya mengajak. Bermacam-macam permainan ada dijual di sini. Toysrus ini berlainan dengan kedai-kedai Toysrus yang lain dari segi susunatur barang dan harga. Bermacam-macam restoran makanan tersedia termasuk restoran teh tarik ala-ala kopitiam pun ada di sini.


Tuesday, 8 June 2010

Funfair

Semalam 6/6/10 anak bongsuku mengajak aku pergi funfair berdekatan rumah ku (Berjaya Park).  Mau tak mau aku terpaksa juga pergi melayan kerenahnya.  Lagipun aku teringin juga melihat funfair masa kini.  Rupa-rupanya sama aje masa aku muda-muda dulu.  Kami pergi selepas isteri membeli keperluan harian di Careffour kira-kira jam 9.30 malam.  Anakku begitu teruja untuk menaiki permainan UFO dan buaian yang mana kekawannya disekolah telah bercerita tentang keseronokannya.  Dia pun beli token dan terus naik.  Aku kira-kira murah juga jika dibandingkan bermain di Berjaya Time Square.  Aku dan isteri tak berani naik (aku ada sakit jantung).  Kami tunggu kat bawah aje.  Ramai juga pengunjung yang datang membawa anak masing-masing.  Lebih kurang jam 10.30 malam Carrefour pun dah tutup maka kami pun balik,  meninggalkan funfair yang masih lagi meriah.



Cendol Best Shah Alam


Bila sebut saja cendol atau rojak orang akan terbayang kepada mamak kayuh basikal jual cendol bawah pokok. Walhal cendol tu sinonim dengan orang melayu. Malangnya tak ramai orang melayu menjual cendol atau rojak. Untuk merasakan cendol orang melayu yang best, saya telah ke seksyen 16 Shah Alam. Fuhhhhh............ sedap betui. Sebelum nie saya hanya mendengar kekawan bercerita tentang cendol nie, tapi apabila dapat merasa cendol pulutnya, memang best giler. Itulah penangan cendol Pak Akob. Tempatnya di bus stop bersebelahan dengan masjid seksyen 16.